· 1 MINIT BACAAN · Dikemaskini

Adakah Ini Buku Terakhir Yang Dijual Kontraktor Buku?

Dua tahun lepas, seorang librarian dari UK memberitahu beberapa sekolah dan universiti sudah memotong sebanyak 50% bajet pembelian buku fizikal dan menukarnya…

Adakah Ini Buku Terakhir Yang Dijual Kontraktor Buku?

Sekitar tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memulakan usaha mendigitalkan bahan bacaan di sekolah.

Proses ini dimulakan dengan pendigitalan buku teks, yang dirancang untuk dilaksanakan secara berperingkat di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Susulan itu, perolehan buku untuk perpustakaan sekolah juga dijangka beralih ke format digital secara beransur-ansur.

Malah, sudah menjadi trend di peringkat global bagi perpustakaan sekolah dan universiti untuk mengalihkan sebahagian besar peruntukan pembelian buku fizikal kepada pemerolehan bahan bacaan digital.

Perkara yang sama pastinya sedang dan akan terus berlaku di Malaysia.

Pembelian buku-buku digital atau e-buku ini kelak akan dibuat terus melalui penyedia platform digital. Di peringkat antarabangsa, antara platform yang terkenal ialah Overdrive, yang turut digunakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Di Malaysia pula, pelbagai inisiatif e-pembelajaran dan perpustakaan digital sedang dipergiat.

Apabila proses pembelian dibuat terus melalui platform digital, ia menjadi lebih telus dan terbuka.

Kita sedia maklum tentang isu ‘bawah meja’ yang dilaporkan berlaku dalam proses perolehan buku untuk perpustakaan sekolah dan awam. Masalah ini sering dikaitkan dengan segelintir pegawai perolehan yang tidak amanah dan berat sebelah.

Amalan rasuah sebegini membuka ruang kepada pembekalan buku-buku yang kurang berkualiti atau tidak dikenali.

Sebab itulah kadang-kadang apabila kita melawat perpustakaan, kita mungkin lebih banyak terjumpa buku yang judulnya tidak pernah kita dengar. Apabila dilihat nama penerbitnya, ia juga satu nama yang cukup asing.

Proses pembelian secara terus berpotensi untuk menyekat ruang mana-mana kontraktor buku yang mengamalkan rasuah.

Malah, pengedar buku tradisional juga bakal menghadapi tekanan sekiranya e-buku sudah mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Industri digital sememangnya berpotensi besar untuk menghapuskan peranan ‘orang tengah’.