Mengapa Penerbit Membelanjakan RM1 Juta Bagi Memiliki Penulis Ini?
Sehinggakan ada penerbit di Malaysia yang sanggup bayar RM1 juta bagi memegang seorang penulis yang mempunyai tribe yang besar.
Khabarnya, ada desas-desus dalam industri penerbitan tempatan mengenai seorang penerbit yang sanggup menawarkan royalti pendahuluan sehingga tujuh angka kepada penulis yang mempunyai kelompok pengikut (tribe) yang besar.
Memang benar, pada masa ini, pemain-pemain utama dalam industri buku Malaysia sedang giat mencari penulis yang telah membina tribe mereka sendiri.
Kita mungkin sering beranggapan bahawa hanya penulis novel yang mampu memiliki kelompok peminat setia, manakala penulis buku bukan fiksyen atau berinformasi pula sebaliknya.
Hakikatnya, semua penulis berpeluang untuk mempunyai tribe.
Malah, pemilikan tribe inilah yang menjadi faktor penentu sama ada kita dianggap sebagai penulis PREMIUM atau sekadar penulis biasa.
Hal ini kerana tribe memainkan peranan yang sangat penting dalam melonjakkan jualan buku. Mereka bukan sahaja pembeli setia bagi setiap karya penulis yang diminati, malah mereka jugalah yang menjadi penyokong dan duta utama untuk mempromosikan penulis tersebut.
Tribe juga berpotensi untuk membayar harga premium semata-mata untuk bertemu dengan penulis pujaan mereka, contohnya dengan menyertai seminar dan ceramah yang dianjurkan. Pasaran untuk acara sebegini merupakan sumber pendapatan yang signifikan, terutamanya bagi penulis dalam genre motivasi.
Bahkan, pendapatan yang dijana daripada yuran seminar dan ceramah ini sering kali jauh lebih tinggi daripada bayaran royalti buku.
Asas kepada pembinaan sesebuah tribe adalah perkongsian nilai dan prinsip yang sama.
Untuk membina ekonomi berasaskan tribe ini, kita perlu sentiasa berkongsi nilai-nilai yang menjadi pegangan hidup kita.
Semakin banyak buku yang dihasilkan, semakin ramailah pengikut yang akan diperolehi.
Apabila ini berlaku, penerbit pastinya akan berfikir dua kali sebelum menolak karya kita